suria

MU ke final Liga Juara-juara Eropah

PEMAIN Manchester United, Ji-Sung Park (kanan) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan Darren Fletcher selepas menjaringkan gol pembukaan pada perlawanan akhir kedua Liga Juara-juara Eropah menentang Arsenal di Stadium Emirates, London awal pagi tadi. United menang 3-1 sekaligus mencatatkan aggregat 4-1 melayakkan mereka beraksi di perlawanan akhir --fotoAP

LONDON: Tiga gol masing-masing satu oleh Ji-Sung Park dan dua daripada Christiano Ronaldo membawa Manchester United dengan selesa ke final perlawanan Liga Juara-juara Eropah.

Perlawanan awal pagi tadi (waktu Malaysia) menyaksikan United mengatasi pasukan tuan rumah Arsenal dengan 3-1.

Jaringan hari ini membolehkan United mencatat final kedua berturut-turut dengan agregat 4-1.

Pasukan itu kini menerajui kedudukan Liga Perdana Inggeris untuk mengekalkan takhta juara itu.

Minggu lalu, United mengatasi dengan jaringan 1-0 dalam pusingan pertama separuh akhir.

Kejayaan tersebut sekaligus menghancurkan impian Pengurus Arsene Wenger untuk mengangkat trofi buat julung kali untuk Arsenal.

Gol tunggal disumbangkan oleh Van Persie menerusi penalti pada minit ke-76.

Pasukan yang akan berhadapan dengan United sama ada Chelsea atau Barcelona akan ditentukan pagi esok, selepas pertemuan dua pasukan itu pada pusingan kedua separuh akhir.

Kedua-dua pasukan berkesudahan 0-0 dalam pertemuan pertama mereka minggu lalu.

Artikel Lain