suria

Lelaki warga Britain ditemui mati tertiarap

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Britain ditemui mati tertiarap, dipercayai dibunuh di sebuah bilik hotel terkemuka di Jalan Tun Perak di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata lelaki itu ditemui dengan pas pekerja syarikat penerbangan British Airways dan dokumen pengenalan diri oleh pekerja hotel itu kira-kira pukul 7 malam tadi.

"Siasatan awal mendapati lelaki yang dipercayai berusia lingkungan 20an itu ditemui mati dalam keadaan tangan diikat dengan menggunakan skaf lelaki manakala kakinya diikat dengan seluar jeans," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata polis akan menyiasat motif dan punca kematian mangsa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.BERNAMA

Artikel Lain