suria

Dua lelaki disyaki curi 'harumanis' diberkas

KANGAR: Dua lelaki yang disyaki mencuri 'harumanis' dari sebuah ladang di Bukit Bintang dekat sini ditahan apabila motosikal mereka yang sarat membawa muatan "raja mempelam" itu pancit di tengah jalan pada Sabtu malam.

Ketua Polis Kangar Supt Yusof Md Diah berkata ketika lelaki berumur 27 dan 30 tahun itu sedang menolak motosikal yang pancit itu, beberapa pekerja ladang kendalian Jabatan Pertanian Perlis itu, memeriksa mereka dan mendapati bahawa harumanis itu adalah dari ladang berkenaan.

Pemeriksaan mendapati terdapat 75 kilogram mempelam harumanis yang dianggarkan bernilai RM700 dalam guni yang ada bersama mereka, katanya. Keduadua lelaki rakyat tempatan itu ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

Harumanis adalah mempelam paling mahal harganya dan mengikut harga di Pusat Pertanian Bukit Bintang, harga sekilogram harumanis gred A (berat 450650 gm sebiji) adalah RM8, gred B (350450gm) RM7 dan gred C (bawah 350 gram) RM6.

Perlis adalah pengeluar tunggal harumanis di negara ini. Ia dituai antara April dan Mei setiap tahun.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain