suria

Ibu bekas Menteri Besar Terengganu meninggal dunia

KUALA TERENGGANU: Fatimah Yusoff, ibu bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Seberang Jerteh hari ini akibat sakit tua.

Pegawai Khas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jerteh itu, Kamarul Azman Idris berkata Allahyarham Fatimah, 83, meninggal dunia kira-kira 7.20 malam setelah hampir sebulan uzur.

"Idris bersama enam adik beradiknya berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir," katanya ketika dihubungi di sini.

Solat jenazah dijangka diadakan di rumah Allahyarham kira-kira 10 pagi esok sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, Besut. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain