suria

Tidak perlu khuatir DEB terus diberi tumpuan - Mukhriz

KUALA LUMPUR: Bumiputera tidak perlu khuatir memandangkan kerajaan akan terus memberi tumpuan terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun liberalisasi 27 subsektor diperkenalkan barubaru ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini.

"Kita tidak perlu khuatir bahawa dasar kita seperti DEB, akan sedikit demi sedikit dilonggarkan," katanya kepada media selepas merasmikan Forum & Ekspo Minyak, Gas & Petrokimia 2009, di sini.

Katanya, dasar DEB walaupun pengkhususan kepada kaum Bumiputera, namun manfaatnya turut dirasai semua pihak.

"Hakikatnya, DEB akan terus diberi tumpuan, dan pada masa yang sama dengan terbukanya pasaran kita, saya yakin kita akan melihat banyak peluang baru, bukan saja dari segi pekerjaan apabila FDI (pelaburan langsung asing) masuk, malah peningkatan keupayaan kita bersaing dengan syarikat asing dan mengeskport produk dan perkhidmatan kita," katanya.

Mukhriz berkata, pasaran negara sememangnya sudah terbuka dan kebanyakan peniaga tempatan sudah bersedia untuk bersaing dengan pelabur luar.

"Pasaran kita memang sudah terbuka, cuma polisi belum diseragamkan dan itulah yang dibuat kerajaan untuk menyeragamkan semula dasar yang telah diamalkan.

"Kita juga telah menandatangani pelbagai perjanjian yang dinaungi Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan banyak lagi, maka pasaran luar pun terbentang luas untuk syarikatsyarikat kita," kata Mukhriz.

Kenyataan Mukhriz itu dipersetujui oleh Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir yang berpendapat liberalisasi merupakan antara jalan pintas untuk negara membawa masuk lebih banyak pelaburan dan teknologi baharu.

"Malaysia telah maju. Kita sendiri mempunyai budaya tinggi dan mampu membina infrastruktur yang hebat, dan ada negara yang terus maju seperti Jerman dan Eropah.

"Jadi kita kena ikut kemajuan negara luar itu, dan cara yang cepat ialah membawa mereka masuk.

"Oleh itu, adalah lebih baik kita buka pintu supaya konsep, teknologi dan prosedur baharu dapat diperkenalkan di negara ini," katanya.

Katanya, sistem yang lebih terbuka ini juga memberi peluang kepada peniaga tempatan untuk mempelajari teknologi-teknologi luar, dan seterusnya mampu menghasilkan teknologi keluaran negara yang lebih berkualiti.

"Kami di Perdasama yakin orang Melayu berkeupayaan dan oleh itu kita adakan forum seperti ini untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan Melayu.

Forum Ekspo Minyak, Gas dan Petrokimia, yang dianjurkan khas untuk peniaga Bumiputera itu, turut disertai syarikat-syarikat minyak multinasional dan syarikat minyak nasional.

Bermula hari ini hingga 30 April, forum itu menyaksikan lebih 40 syarikat Bumiputera mempromosikan produk mereka.

"Forum ini ialah platform untuk perniagaan tempatan berkenalan dan menjalin hubungan dengan organisasi asing dalam industri berkenaan," katanya. BERNAMA

BERITA TERDAHULU

KUALA LUMPUR: Bumiputera tidak perlu khuatir memandangkan kerajaan akan terus memberi tumpuan terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun liberalisasi 27 subsektor diperkenalkan baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini.

"Kita tidak perlu khuatir bahawa dasar kita seperti DEB, akan sedikit demi sedikit dilonggarkan," katanya kepada media selepas merasmikan Forum & Ekspo Minyak, Gas & Petrokimia 2009, di sini.

Katanya, dasar DEB walaupun pengkhususan kepada kaum Bumiputera, namun manfaatnya turut dirasai semua pihak.

"Hakikatnya, DEB akan terus diberi tumpuan, dan pada masa yang sama dengan terbukanya pasaran kita, saya yakin kita akan melihat banyak peluang baru, bukan saja dari segi pekerjaan apabila FDI (pelaburan langsung asing) masuk, malah peningkatan keupayaan kita bersaing dengan syarikat asing dan mengeskport produk dan perkhidmatan kita," katanya.

Mukhriz berkata, pasaran negara sememangnya sudah terbuka dan kebanyakan peniaga tempatan sudah bersedia untuk bersaing dengan pelabur luar.

"Pasaran kita memang sudah terbuka, cuma polisi belum diseragamkan dan itulah yang dibuat kerajaan untuk menyeragamkan semula dasar yang telah diamalkan," kata Mukhriz. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain