Dakwaan konspirasi: Husam bangga dianggap rapat dengan Nik Aziz - Semasa | mStar

Dakwaan konspirasi: Husam bangga dianggap rapat dengan Nik Aziz

PETALING JAYA: Datuk Husam Musa berkata, beliau bangga jika ada pihak yang beranggapan Naib Presiden PAS itu sebagai "orang yang rapat" dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya bangga jika dikatakan begitu kerana bukan senang nak rapat dengan Tuan Guru (Nik Aziz)," kata Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan itu kepada mStar Online hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Salor itu mengulas berhubung kenyataan anak Mursyidul Am itu, Nik Abduh yang percaya pembantu-pembantu bapanya berkonspirasi dengan niat untuk melaga-lagakan bapanya dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam usaha membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno.

Baru-baru ini ada desas-desus mengatakan Husam antara orang yang paling rapat dengan Nik Aziz telah mempengaruhi pendirian Menteri Besar Kelantan itu dalam isu tersebut.

Bagaimanapun, Husam menegaskan bahawa beliau tidak pasti mengenai desas-desus yang diperkatakan oleh Nik Abduh kerana bukan mudah untuk mempengaruhi Mursyidul Am PAS itu.

"Yang itu (kenyataan Nik Abduh) saya tidak boleh komen kerana saya tidak baca langsung mengenainya.

"Saya tidak mahu kenyataan saya bercanggah pula nanti," katanya.

Dalam blognya Jumaat lalu, Nik Abduh yang juga ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS pusat, menghentam pembantu-pembantu bapanya yang didakwa bertanggungjawab menyebabkan Nik Aziz menolak cadangan kerajaan perpaduan itu yang dibuat oleh Abdul Hadi.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun pula berkata, tidak wujud persengketaan atau konflik kepimpinan antara dua pemimpin tertinggi PAS itu.

Beliau berkata, khabar angin kononnya berlaku perpecahan antara Nik Aziz dan presiden parti merupakan satu khabar angin yang digembar-gemburkan tertentu terutamanya media.

Kata beliau, konflik yang digembar-gemburkan itu hanyalah perbezaan pendapat antara kedua-dua pemimpin dan ini adalah lumrah dalam kepimpinan yang mengamalkan demokrasi.

Artikel Sebelum

BN kemuka usul pecat Speaker DUN Perak

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain