suria

Bapa tanam mayat anak perempuan yang dibunuhnya

PULAU PINANG: Polis semalam menahan seorang bapa yang dipercayai mendera dan membunuh seorang anak perempuannya beberapa tahun lalu.

Rangka anaknya yang dibunuh itu ditemui di kawasan padang di Kampung Pisang, Ayer Itam di sini hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata rangka kanakkanak itu ditemui kira-kira pukul 1 petang tadi.

Rahsia pembunuhan kanak-kanak tersebut terbongkar, apabila polis menyoalsiasat tiga adik-beradik kepada mangsa, setelah menerima laporan berhubung penderaan yang dilakukan terhadap mereka oleh bapa mereka.

"Pada mulanya kita dapat laporan dari sebuah gereja di sini berhubung kes penderaan fizikal dan seksual terhadap seorang kanakkanak perempuan berusia 12 tahun di Flat Medan Angsana di Ayer Itam.

"Hasil daripada siasatan itu, tiga daripada 10 beradik itu mengaku pernah didera serta dicabul dan oleh bapa mereka," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata salah seorang daripada adikberadik itu turut memaklumkan kepada pihak polis bahawa bapa mereka pernah mendera salah seorang adik perempuan mereka sehingga mati beberapa tahun lepas.

"Hasil daripada maklumat itu, polis menahan lelaki berkenaan semalam dan siasatan mendapati lelaki yang tidak bekerja itu menanam anak perempuannya itu di kawasan padang di Kampung Pisang di sini, kirakira dua kilometer dari rumah mereka.

"Menurut kanakkanak yang disoal itu, adik perempuan mereka yang dibunuh itu mempunyai kecacatan sejak lahir," katanya.

Ayub berkata bapa berkenaan kini direman dan kes itu disiasat menurut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul serta Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pakar Patalogi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh berkata di tempat penemuan rangka tersebut, rangka yang ditemui itu adalah milik kanakkanak perempuan berusia lingkungan 7 tahun.

"Mayat ini dipercayai ditanam dua atau tiga tahun lepas dan ketika itu mangsa berusia lingkungan tujuh tahun," katanya.

Katanya mayat ditanam pada kedalaman satu meter dan pihaknya telah mengambil semua tulang kanak-kanak itu bagi menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti punca kematiannya.

Difahamkan, lelaki yang ditahan itu mempunyai tiga orang isteri dan kanak-kanak yang dibunuh adalah anak kepada isteri keduanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain