Malaysia bebas dari Selesema Babi - Ismail Merican - Semasa | mStar

Malaysia bebas dari Selesema Babi - Ismail Merican

KUALA LUMPUR: Penduduk Malaysia tidak perlu bimbang mengenai wabak Swine Influenza atau selesema babi kerana Malaysia bebas daripada wabak itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican.

Beliau berkata daripada pemerhatian terhadap kes yang mempunyai tanda atau gejala 'influenzalike illness', tiada peningkatan kes dan kes berkelompok dilaporkan setakat ini.

Beliau berkata bagi memastikan keadaan itu berkekalan, Kementerian Kesihatan mengaktifkan Bahagian Kawalan Penyakit semalam untuk memantau situasi wabak itu di samping mengadakan saringan tandatanda jangkitan selesema babi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta di semua pintu masuk utama negara.

"Kementerian juga akan mengadakan satu mesyuarat bersepadu bersama beberapa agensi berkaitan esok bagi membincangkan langkahlangkah yang boleh diambil untuk mencegah dan mengawal penyebaran wabak itu.

"Sehubungan itu Kementerian akan membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa untuk memaklumkan kepada orang ramai perkembangan wabak itu serta langkahlangkah kawalan dan pencegahan yang diambil," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengenai perkembangan kes itu setakat ini, Dr Ismail berkata laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan terdapat 40 kes berkaitan wabak Swine Influenza A (H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal dikesan di Amerika Syarikat serta tujuh kematian dicatat daripada 26 kes di Mexico.

Beliau berkata sebanyak 1,840 kes yang disyaki H1N1 turut dilapor di Mexico yang mengakibatkan 104 kematian.

Enam kes turut dikesan di Kanada, dua di Scotland serta satu di Sepanyol manakala 25 kes turut dilapor di New Zealand, katanya. Dr Ismail berkata berikutan situasi terkini wabak itu, WHO telah meningkatkan amaran Influenza Pandemik dari Fasa 3 ke Fasa 4 dan peningkatan fasa itu menunjukkan terdapat kemungkinan berlakunya pandemik.

"Fasa 4 bermaksud berlaku penularan antara manusia ke manusia dan boleh menyebabkan wabak di kalangan komuniti tetapi setakat ini WHO tidak mengenakan sebarang sekatan dari segi kesihatan, perjalanan dan perdagangan yang perlu dilakukan oleh setiap negara bagi perlindungan kesihatan antarabangsa.

"Peningkatan Fasa ini tidak bermakna pandemik tidak boleh dibendung tetapi ia boleh menurun dan meningkat ke Fasa lebih tinggi bergantung kepada situasi dan maklumat terkini wabak itu," katanya.

Beliau berkata memandangkan WHO telah meningkatkan tahap wabak kepada Fasa 4 Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan lawatan antarabangsa terutama ke negara yang dilanda wabak itu.

Dr Mohd Ismail turut menasihatkan manamana individu yang jatuh sakit semasa dalam perjalanan antarabangsa supaya mendapatkan rawatan dengan kadar segera.

Sebarang maklumat berkaitan wabak selesema babi boleh didapati menerusi talian 03-88810200 atau 03-88810300 atau layari laman web www.moh.gov.my. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain