suria

Kastam rampas rokok, minuman keras dan dadah RM1 juta

ALOR SETAR: Kastam Diraja Malaysia Kedah mematahkan cubaan menyeludup pelbagai jenis rokok, minuman keras dan dadah bernilai lebih RM1 juta dalam beberapa pemeriksaan dan serbuan tempoh sebulan ini.

Pengarah Kastam Kedah, Saadon Mohd Dros memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa rampasan dibuat di beberapa kawasan di negeri ini termasuk di Langkawi.

Katanya dadah jenis ketamin seberat 10 kg dan dianggarkan bernilai RM300,000 dirampas di pusat pemeriksaan penumpang di jeti Kuah di Langkawi pada 3 April.

"Kita menahan seorang lelaki itu untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, dalam kes kedua pada 17 April pula, kastam merampas 65 ketulan mampat dipercayai ganja seberat 61,800 gram dari sebuah kenderaan tempatan yang baru pulang dari negara jiran melalui Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam dekat sini.

Katanya, polis kemudiannya menahan pemandu kenderaan rakyat tempatan yang berusia 30an itu bagi membantu siasatan. BERNAMA

Artikel Lain