suria

Johan Jaaffar Pengerusi Eksekutif baru Media Prima

KUALA LUMPUR: Bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd, Datuk Johan Jaaffar, telah dilantik pengerusi eksekutif yang baru Media Prima Bhd (MPB), berkuat kuasa 30 April.

Beliau menggantikan Datuk Abdul Mutalib Razak, yang telah bersara.

Abdul Mutalib menyertai kumpulan itu pada 2005.

Johan akan mengisi kesemua jawatan anggota lembaga yang dikosongkan oleh Abdul Mutalib, termasuk menjadi pengerusi TV3 dan anak syarikat kumpulan yang lain, kata MPB dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Johan merupakan kolumnis dalam akhbar New Straits Times dan Berita Minggu.

Beliau mendapat perhatian umum mempengerusikan program TV mingguan "Debat Perdana" yang telah ke udara untuk lapan musim. BERNAMA

Artikel Lain