suria

Guan Eng: SPR perlu tindak secara profesional, tidak bias

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Piliha Raya (SPR) mengambil masa yang lama untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian pilihan raya kecil bagi kawasan Dewan undagan Negeri (DUN) Penanti.

Beliau berkata, kelewatan keputusan tersebut diumumkan menimbulkan persoalan mengenai tahap kecekapan dan professionalisma badan tersebut.

"Saya berharap SPR akan lebih efisien dan bersikap profesional dalam melaksanakan pilihan raya kecil.

"Pegawai-pegawai kanan SPR perlu menunjukkan SPR sebagai sebuah badan yang bebas dan tidak bias," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Duta Kesatuan Eropah ke Malaysia Vincent Piket di Dewan Undangan Negeri semalam.

Lim berkatam DAP akan menyokong calon Pakatan Rakyat yang dipilih untuk mewakili parti itu pada pilhan raya kecil.

"Calon yang dipilih sudah pasti bukan daripada DAP," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan SPR menetapkan 23 Mei sebagai tarikh penamaan calon dan 31 Mei hari pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Penanti.

Artikel Lain