suria

Tekong ditahan cuba sogok pegawai APMM

KUCHING: Seorang tekong bot tunda berusia 40 tahun telah ditahan kerana cuba memberi rasuah RM100 kepada seorang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam Operasi Permai di perairan Sarawak pada 23 April lepas.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Maritim, Muhammad Abdul Basar Taji berkata, tekong rakyat tempatan itu telah menyelitkan wang tunai itu ketika pemeriksaan dokumen dijalankan oleh Leftenan Maritim Mohamad Aizat Zainuddin, pegawai yang mengetuai operasi tersebut bersama dengan 10 angggota APMM lain, semasa bot tersebut ditahan 25 batu nautika dari Tanjung Po, Sarawak.

"Sejurus kemudian beliau (Mohd Aizat) bertindak menahan dan menangkap tekong tersebut dan melapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Abdul Basar berkata ini adalah kes pertama cubaan rasuah sejak APMM beroperasi di Sarawak pada 2006. BERNAMA

Artikel Lain