suria

Jeff Ooi gagal ketepi saman NST

KUALA LUMPUR: Penulis blog Jeff Ooi Chuan Aun gagal untuk mengenepikan keputusan timbalan pendaftar yang menolak permohonannya untuk menggugurkan saman fitnah yang dikemukakan terhadapnya oleh New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan tiga yang lain.

Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd Yusof menolak rayuan Ooi di dalam kamarnya.

Pada 22 Jan, 2008, Timbalan Pendaftar Mohamad Kamil Nizam menolak permohonan Ooi untuk menggugurkan saman fitnah yang dikemukakan oleh NSTP, timbalan pengerusinya, Datuk Kalimullah Hassan, ketua pengarang kumpulan Datuk Hishamuddin Aun dan bekas editor kumpulan Brendan Pereira.

Mereka menyaman Ooi, yang merupakan anggota Parlimen Jelutong, bagi memfitnah dan pembohongan dengan niat jahat berhubung beberapa artikel tertentu yang disiarkan atau dibenarkan disiarkan oleh Ooi dalam laman blognya.

Mereka mendakwa artikel itu merujuk kepada mereka dan berunsur fitnah. BERNAMA

Artikel Lain