suria

Polis Marin tumpaskan seludup arak bernilai

TUMPAT: Pasukan Gerakan Marin (PGM) berjaya menumpaskan cubaan menyeludup minuman keras jenama Heineken dari Thailand bernilai RM7,344 yang dimuatkan dalam bonet sebuah kereta jenis Iswara Aeroback di Kampung Kubang Benbam, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah PGM Pengkalan Kubor, DSP Tan Cheng San berkata, sebanyak 34 kotak minuman keras yang setiap kotak mengandungi 12 botol itu, diseludup masuk ke negara ini untuk pasaran tempatan dan dibekalkan ke restoran sekitar daerah itu.

Pada kejadian kirakira 5 pagi itu, katanya PGM dengan kerjasama Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor berjaya menahan kereta tersebut bersama minuman keras yang cuba diseludup masuk melalui pangkalan haram Simpangan.

Bagaimanapun beliau berkata, penyeludup tersebut berjaya melepaskan diri.

"Memandangkan banyak kes penyeludupan minuman keras dari Thailand ke Malaysia sejak akhirakhir ini, PGM adakan satu operasi khas selama tiga hari bermula 23 April dan akhirnya cubaan seludup minuman keras ini berjaya tumpaskan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain