suria

Mat Sabu juga tanding Timbalan Presiden PAS

SAINGI TIMBALAN PRESIDEN... Mohamad Sabu, salah seorang Naib Presiden PAS juga menunjukkan minat untuk merebut kerusi Timbalan Presiden parti itu Jun ini.

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau sedia untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden sekiranya dicalonkan pada Muktamar parti itu Jun ini.

Menurutnya, beliau membuat keputusan tersebut bagi memenuhi permintaan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi yang mendesaknya bertanding jawatan berkenaan.

"Saya ingin berkhidmat membantu presiden.

"Insya-Allah saya yakin dapat membantu beliau (Presiden) berdasarkan pengalaman saya berhubung dengan masyarakat bukan Islam, kumpulan NGO berasaskan Islam dan DAP," katanya kepada mStar Online hari ini. Jelas Mat Sabu, tidak timbul sebarang masalah untuk beliau bertanding kerana dalam PAS tidak memerlukan sebarang kuota untuk bertanding sebarang jawatan.

Selain Mat Sabu, jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh Nasharudin Mat Isa, kemungkinan akan disaingi oleh seorang lagi Naib Presiden, Datuk Husam Musa.

Bagaimanapun sehingga hari ini, Husam masih belum mengumumkan pendiriannya bertanding jawatan tersebut.

Ditanya adakah pertandingan merebut jawatan tertinggi akan menyebabkan perpecahan dalam PAS, Mat Sabu berkata: "Kita tidak ada kuota-kuota tertentu, kita tak perlu berkempen kerana kita tidak guna duit. Macam mana nak timbul perpecahan?

Tambahnya, beliau menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan dan memilih pemimpin yang layak menerajui PAS.

Artikel Lain