Langgar syarat permit, 16 GRO rakyat asing ditangkap

JOHOR BAHARU: Enam belas pekerja kilang wanita rakyat asing ditangkap kerana melanggar syarat permit kerja selepas didapati bekerja sebagai Pegawai Hubungan Pelanggan (GRO).

Hasil maklumat awam, kesemua wanita itu ditangkap oleh polis di sebuah restoran di Taman Indahpura di Kulaijaya pada pukul 11 malam tadi.

Turut ditahan bersama-sama wanita yang berumur 21 dan 32 tahun itu adalah pemilik restoran itu yang berumur 39 tahun.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya berkata, kesemua wanita itu telah melanggar syarat permit bekerja.

"Siasatan awal menunjukkan mereka telah bekerja di restoran itu sejak awal bulan ini," katanya.

Pemilik restoran itu juga telah melakukan kesalahan dengan mengubah restoran itu kepada sebuah tempat hiburan.

Mereka ditahan reman sehingga 1 Mei dan disiasat mengikut Akta Imigresn 1963. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain