Kastam rampas kura-kura yang cuba diseludup - Semasa | mStar

Kastam rampas kura-kura yang cuba diseludup

PADANG BESAR: Sebanyak 814 kurakura dan 160 ekor ular tedung senduk yang cuba diseludup ke Thailand dirampas dalam satu pemeriksaan Kastam di pintu sempadan di sini semalam.

Pengarah Kastam Perlis Mohd Isa Endot berkata rampasan itu dilakukan pukul 12.30 tengah hari di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar apabila memeriksa sebuah lori yang menghala ke Thailand.

koran rampasan itu, seorang pemandu lori warga Thailand berumur 30 tahun ditahan untuk siasatan lanjut setelah dia gagal mengemukakan dokumen yang berkaitan.

Mohd Isa berkata penyeludup terbabit cuba mengaburi pandangan pihak berkuasa dengan meletakkan kurakura dan ular senduk itu di sebalik 2,300 kilogram bawang putih yang dibawa bersama.

Tindakan membawa bawang putih dalam jumlah yang besar itu juga dipercayai bertujuan mengelak anggota penguatkuasa mengesan kurakura dan ular yang berbau hanyir kerana bau bawang lebih kuat.

Katanya pemandu lori itu boleh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 kerana mengeksport barang larangan tanpa permit yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barang dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barang atau kedua-duanya.

Mohd Isa berkata kes itu adalah yang pertama membabitkan rampasan kurakura dan ular tahun ini.

Hasil rampasan itu diserah kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ketua Pemuda Negeri diumum minggu depan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain