suria

Kanak-kanak hilang dari Asrama Anak Yatim sejak 6 April

NURHIDAYAH Surip yang hilang sejak 6 April.
NURHIDAYAH Surip yang hilang sejak 6 April.
NURHIDAYAH Surip yang hilang sejak 6 April.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin memohon bantuan orang ramai mengesan anak saudara, Nurhidayah Surip berusia 11 tahun yang telah hilang sejak 6 April lalu.

Kanak-kanak berkenaan hilang dari Asrama Anak Yatim Darul Kifayah, Taman Koop Polis, Gombak.

Maklumat yang diperoleh dari blog Zulkifli (http://zul4kulim.blogspot.com) berkata, mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungo Abdul Razak Salim (017-7011038 atau 016-9326003) atau Sarjan Dalila di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur.

Artikel Lain