suria

Nelayan wanita dijumpai mati selepas tiga hari hilang

KUALA KRAI: Mayat nelayan wanita yang hilang ketika menjala ikan sejak tiga hari lepas, ditemui terapung di Sungai Mahligai di sini hari ini.

Mayat Hasnah Jusoh, 50, dari Kampung Mahligai di temui pada pukul 8.30 pagi oleh pasukan penyelamat.

Ketua Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohd Nasir Hassan berkata Hasnah dilapor hilang setelah sampan yang dinaikinya terbalik ketika menjala ikan berseorangan pada pukul 10 pagi Sabtu lepas.

"Mayatnya ditemui pada jarak lapan kilometer dari tempat dia dilapor hilang dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain