suria

BN kata 'OK' syor SPR hadkan penyokong parti

TAHNIAH... Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menerima ucapan tahniah dan syabas daripada warga Kuantan pada majlis Sambutan Kepulangan Perdana Menteri di padang Majlis Perbandaran Kuantan Satu (MPK1) hari ini. Beliau disambut meriah oleh kira-kira 40,000 rakyat negeri itu. --fotoBERNAMA

PEKAN: Barisan Nasional (BN) bersetuju dengan syor Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mahu mengehadkan parti-parti politik daripada membawa penyokong terlalu ramai mengiringi calon pada hari penamaan calon dan menghapuskan pondok panas semasa pengundian.

Pengerusi BN itu berkata, Umno menyokong sebarang langkah untuk mengawal keadaan yang sekali gus dapat mengurangkan ketegangan antara penyokong parti.

"Apa yang penting ialah pengundian (pada pilihan raya) dapat berjalan lancar tanpa gangguan sesiapa," katanya.

Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, mesyuarat Rabu ini juga akan mencari jalan untuk mengelak terlalu ramai penyokong parti menjadi peraih undi pada hari pengundian.

"Soal peraih undi ini perlu diteliti kerana pengalaman pada pilihan raya kecil yang lepas menunjukkan bilangan peraih undi yang terlalu ramai telah menimbulkan masalah seperti mengganggu pengundi dan mengakibatkan kesesakan lalulintas di pusat pengundian," katanya.

Abdul Aziz berkata, bilangan peraih undi yang ramai pada hari pengundian turut menyukarkan pihak polis untuk mengawal keselamatan orang ramai.

Dalam pada, Najib yang juga Presiden Umno memberitahu, pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri akan dilantik daripada kalangan mereka yang mampu mengerakkan parti dan diterima pemimpin-pemimpin Umno lain di negeri berkenaan.

Perdana Menteri berkata, sekalipun mengikut perlembagaan parti, presiden berkuasa sepenuhnya untuk membuat lantikan berkenaan, namun beliau akan mengadakan rundingan dengan pemimpin kanan terlebih dahulu berhubung perkara itu.

"Nantilah dulu, saya tak tahu apa keputusannya (lagi), yang penting kita hendak buat barisan yang boleh menggerakkan parti, mententeramkan keadaan (politik) dan diterima pemimpin Umno di negeri berkenaan," katanya.

Terdahulu beliau menghadiri majlis Sambutan Meraikan Perdana Menteri peringkat Parlimen Pekan di sini hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Najib berkata: "Di negeri yang kita kalah, tiada Menteri Besar Barisan Nasional (BN), kita kena lantik bukan daripada kalangan Menteri Besar."

Mengenai kemungkinan terdapat Menteri Besar yang tidak akan dilantik sebagai pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Perdana Menteri berkata: "Nantilah dulu,".

Sementara itu, Najib berkata, beliau memantau dengan teliti kemelut yang berlaku melibatkan pemimpin Umno di Terengganu. "Kita harap masalah di Terengganu dapat dipulihkan. Kita pantau keadaan. Saya telah dengar penjelasan masingmasing," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain