suria

Tiga Ketua Wanita Umno bahagian pegang jawatan peringkat pusat

KUALA LUMPUR: Tiga Ketua Wanita Umno bahagian hari ini dilantik memegang beberapa jawatan dalam pergerakan itu di peringkat pusat bagi sesi 2008 hingga 2011.

Ketua Wanita Umno Bahagian Hulu, Selangor Rosni Sohar, 51, dilantik sebagai Penolong Setiausaha, Ketua Wanita Umno Bahagian Sembrong, Johor, Noraslina Zainal Abidin, 37, sebagai Penolong Bendahari manakala Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Perak, Hamidah Osman, 48, dilantik sebagai Ketua Penerangan Wanita Umno.

Pelantikan mereka diumumkan oleh Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu kenyataan hari ini.

Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyuarakan keyakinannya bahawa ketigatiga yang dilantik itu mampu memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Wanita Umno di semua peringkat.

"Saya yakin mereka mampu untuk bekerjasama sepenuhnya dengan barisan kepimpinan wanita di semua peringkat dalam memperjuangkan misi dan visi Wanita Umno dan Umno seperti yang dihasratkan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain