suria

Reman tiga anggota UTK disambung

KUALA LUMPUR: Perintah tahanan reman terhadap tiga anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang ditahan Ahad lepas kerana didakwa melakukan samun, disambung seminggu lagi mulai hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata tempoh tahanan reman yang berakhir hari ini, disambung bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan.

"Kita perlu siasat dengan terperinci kerana ini melibatkan kes jenayah serta anggota polis," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini dan menyatakan bahawa mereka akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Dalam kejadian kirakira pukul 11 malam 12 April lepas, tiga anggota UTK Bukit Aman termasuk seorang orang awam ditahan kerana disyaki melakukan jenayah samun terhadap lima lelaki di sebuah rumah di Jinjang Selatan.

Seorang daripada anggota UTK itu dikatakan menunjukkan kad kuasanya manakala seorang lagi anggota difahamkan membawa sepucuk pistol. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain