Raymond Tan tidak tolak kemungkinan sertai parti komponen BN - Semasa | mStar

Raymond Tan tidak tolak kemungkinan sertai parti komponen BN

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah tidak menolak kemungkinan menyertai sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) selepas parti yang dianggotainya, Parti Maju Sabah (SAPP), keluar daripada gabungan pemerintah pada September tahun lepas.

Ketika ditemui pemberita selepas perasmian sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, Tan berkata, menyertai sebuah parti komponen adalah satu daripada pilihan untuk beliau terus berada dalam BN.

"Saya telah pun mengemukakan beberapa pilihan kepada pemimpin BN dan saya akan berunding dengan mereka lagi selepas persidangan Dewan.

"Saya rasa akan ada peranan untuk saya jalankan dalam lingkungan BN, bagaimanapun kami memerlukan lebih banyak masa untuk mengusahakannya," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mendaftarkan sebuah parti baru, Tan berkata beliau akan menunggu keputusan daripada BN terlebih dahulu.

"Jika saya perlu mengemukakan permohonan, saya akan berbuat demikian. Tetapi saya perlu menunggu apakah peranan yang akan diberikan kepada saya oleh BN," katanya.

Ditanya tentang khabar angin rombakan Kabinet negeri, Tan, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, berkata, barisan Kabinet adalah hak mutlak Ketua Menteri. BERNAMA

Artikel Sebelum

Rakyat perlu kikis mentaliti etnik - Najib

Artikel Berikut

Reman tiga anggota UTK disambung

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain