suria

"Izinkan saya jalankan tugas dan terus berikan khidmat" - Elizabeth

KEMBALI BERTUGAS..Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong yang juga ADUN Bukit Lanjan hari ini kembali bertugas di pejabat SUK setelah bercuti selama dua bulan ekoran tersebarnya video dan gambar separuh bogelnya. Foto THE STAR Oleh K.K SHAM

SHAH ALAM: Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Elizabeth Wong hari ini kembali bertugas setelah menerima tawaran untuk kekal sebagai Exco Kerajaan Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.

Beliau tiba di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kira-kira pukul 9.30 pagi dengan menaiki kenderaan rasmi Toyota Camry dengan nombor pendaftaran BKF 7000.

Wong disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelikan, Ronnie Liu Tian Khiew serta petugas media yang menunggu kehadirannya seawal pukul 8 pagi.

Liu turut menghadiahkan sejambak bunga ros kuning kepada Wong yang tampil dengan potongan rambut baru serta sepasang kaca mata baru.

Ketika ditemui di lobi Wong berkata, beliau sudah bersedia untuk kembali menjalankan tugas seperti biasa.

"Saya sudah menerima nasihat daripad Menteri Besar dan juga Anwar Ibrahim (Datuk Seri).

"Izinkan saya menjalankan tugas dan terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat," katanya dengan reaksi ceria.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim , Wong berkata: "Saya sudah menemui Menteri Besar semalam dan beliau sudah memberikan taklimat berkenaan tugas-tugas saya."

Wong juga memberitahu tugas pertama beliau hari ini ialah untuk menghadiri mesyuarat bersama Lembaga Pelancongan Negeri Selangor.

"Saya harap anda beri saya peluang untuk masuk pejabat untuk buat persediaan,"katanya.

Beliau juga, melahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya selama ini.

Semalam, Wong bersetuju untuk menerima tawaran kerajaan negeri Selangor agar beliau kekal sebagai Exco dan ADUN Bukit Lanjan.

Pejabat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim turut mengesahkan pihaknya sudah menerima persetujuan Wong lewat petang semalam.

Wong menjadi tumpuan ekoran tersebarnya klip video dan gambar separuh bogelnya menerusi internet dua bulan lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain