suria

Penganggur samun warga Bangladesh dipenjara tiga tahun

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihukum penjara tiga tahun setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini menyamun seorang warga Bangladesh kira-kira setahun lepas.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin memerintahkan Jawaludden Surani, 35, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 4 Jan 2009.

Jawaludden didakwa bersamasama dua lagi yang masih bebas dengan niat bersama menyamun sebuah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM350 daripada Manjurul Islam, 26, dengan bersenjatakan sebilah parang.

Menurut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini pada 2 petang, 14 Feb 2008.

Bagi kesalahan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh kenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt manakala Jawaludden tidak diwakili peguam. BERNAMA

Artikel Lain