suria

Pejabat Sinar Harian di pecah masuk

SEREMBAN: Pejabat akhbar Sinar Harian di Taman Seri Rahang di sini dipecah masuk awal pagi tadi menyebabkan kerugian kira-kira RM2,000.

Menurut jurucakap polis, pencuri melarikan tiga monitor komputer panel LCD tetapi tidak mengambil peralatan lain termasuk perkakasan komputer milik wartawan Sinar Harian.

Ketua Wartawan Sinar Harian Negeri Sembilan Ahmad Shahrul Derauh berkata kejadian disedari pada 10 pagi tadi.

Beliau kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Rahang. BERNAMA

Artikel Lain