suria

Michael Chong dilantik Penasihat dan Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri

PUTRAJAYA:Ketua Biro Khidmat Awam dan Aduan MCA, Datuk Michael Chong dilantik sebagai Penasihat dan Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkuatkuasa serta-merta.

Hishammuddin berkata pengalaman luas Chong dalam memahami masalah dan isu rakyat di akar umbi selama ini menggambarkan kewibawaannya sebagai seorang individu yang komited untuk berkhidmat demi kepentingan masyarakat.

"Saya yakin keikhlasan dan kesungguhan beliau dalam khidmat masyarakat dapat membantu saya dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah saya sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. BERNAMA

Artikel Lain