suria

Kastam rampas samsi dan arak bernilai RM260,480

RAWANG: Kastam Selangor menumpaskan kegiatan mengilang samsu haram dan menyeludup minuman keras dalam dua serbuan di sini dan Pelabuhan Klang pada Ahad lepas dan semalam, membabitkan nilai rampasan berjumlah RM260,480.

Pengarah Kastam Selangor Datuk Roslan Yusof berkata dalam serbuan ke atas sebuah premis tidak bernombor di jalan Bukit Nenas, Batu Arang, di sini Ahad lepas, pihaknya menemui barangbarang untuk memproses samsu haram.

Beliau berkata pihaknya turut merampas 52 tong dram berisi tapai sebanyak 11,440 liter, 17 bekas plastik samsu (425 liter), tiga tong dram yis (660 liter), 18 bungkus plastik ragi, lima tong dram alkohol (1,000 liter) dan sejumlah botol dan kotak kosong untuk mengisi samsu.

"Ketika serbuan tiada pekerja di dalam premis itu. Mereka dipercayai melarikan diri, tetapi kami menjumpai tiga pasport warga India berumur sekitar 20an. Dalang utama dipercayai rakyat tempatan," katanya kepada pemberita di premis itu hari ini.

Beliau berkata bekalan air dan elektrik di premis berkenaan diperoleh secara haram. Premis itu dikatakan beroperasi sejak tiga tahun lepas dan dipercayai memperoleh keuntungan ribuan ringgit setahun.

"Siasatan masih dijalankan bagi menyiasat pasaran arak ini. Mereka menggunakan pelekat jenamajenama yang diluluskan pengilang untuk pasaran tempatan seperti Old Axe, Passport Scotch, Triple 999 Exclusive Whisky, Seven Sea, Myanmar Whisky, King Robert II dan beberapa jenama lagi, jadi mungkin orang tak tahu ia adalah palsu jika lihat sekali imbas," katanya. Roslan berkata nilai rampasan keseluruhan samsu dianggarkan RM22,880 dan melibatkan cukai sebanyak RM117,035.62.

Sementara itu, dalam serbuan semalam, Kastam berjaya menahan satu unit kontena di Lapangan Pemeriksaan Pelabuahan Utara, Pelabuhan Klang dan hasil pemeriksaan menemui minuman keras jenama Heineken Beer dan Guinness Foreign Extra disyaki diseludup dari Singapura.

"Rampasan dianggarkan bernilai RM237, 600.00 dan nilai cukai sebanyak RM270, 254.08. Tiada tangkapan dibuat," katanya. BERNAMA

Artikel Lain