Najib arah semua 10 ADUN boikot sidang DUN kembali hadir - Semasa | mStar

Najib arah semua 10 ADUN boikot sidang DUN kembali hadir

PEMANDANGAN di Dewan Undangan Negeri Terengganu ekoran tindakan 10 ADUN Barisan Nasional memboikot sidang hari kedua pagi tadi.
PEMANDANGAN di Dewan Undangan Negeri Terengganu ekoran tindakan 10 ADUN Barisan Nasional memboikot sidang hari kedua pagi tadi.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengarahkan kesemua 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh, yang memboikot sidang DUN pagi tadi, supaya kembali hadiri sesi seterusnya seperti biasa.

"Saya minta semua ADUN hadir persidangan DUN.

"Setakat ini mereka (ADUN) hanya dapat SMS tapi ia tidak berpunca dari Pejabat Menteri Besar," kata beliau.

Sesi hari ketiga sidang DUN Terengganu - hari terakhir, akan berlangsung esok.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian untuk Skim Jaminan Modal Kerja dan Skim Jaminan Penstrukturan Semula Industri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini sebentar tadi.

Artikel Berikut

Najib mahu pindaan ISA dilaksana segera

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain