suria

Pengurus, pengawal keselamatan antara ditahan

JOHOR BAHARU: Seorang pengurus syarikat kawalan keselamatan dan tiga pengawal adalah antara enam orang yang ditahan berhubung kes kehilangan RM3 juta yang sepatutnya dihantar kepada bank.

Suspek berkenaan dalam lingkungan umur 30 dan 45 tahun itu ditahan di pejabat syarikat itu di Batu Pahat Isnin lepas, kata Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ibrahim Aris hari ini.

Wang tersebut sepatutnya dihantar dari ibu pejabat syarikat kawalan keselamatan itu kepada beberapa bank di daerah ini pada 8 Jan lepas tetapi pengurus syarikat itu hanya melaporkan kehilangan wang itu pada 5 April lalu.

Ketika di dihubungi mengenai perkembangan kes itu, Ibrahim tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan akan dibuat atas dakwaan melakukan pecah amanah.

Bagaimanapun, polis belum menemui wang tersebut.

Ibrahim meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes kehilangan wang itu supaya menghubungi talian hotline polis di 07-2212999 atau mana-mana balai polis berhampiran. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain