suria

Penangguhan Sidang Kemuncak ASEAN lambatkan manfaat integrasi - Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penangguhan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-14 di Thailand semalam akibat tunjuk perasaan antikerajaan boleh menghalang kerja-kerja baik kelompok negara serantau seperti ASEAN.

Ia juga melambatkan manfaat daripada integrasi yang lebih erat kepada beratusratus juta penduduk yang tinggal dan bekerja di Asia Tenggara, katanya dalam laman blognya www.1malaysia.com.my.

Najib yang berlepas ke Pattaya, Thailand pada Jumaat lepas untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-14 telah memendekkan lawatannya semalam berikutan kerajaan Thailand mengisytiharkan darurat di Pattaya, selepas ribuan penunjuk perasaan anti kerajaan menyerbu tempat berlangsungnya sidang kemuncak itu di Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya sehingga menyebabkan keseluruhan persidangan terpaksa dibatalkan.

"Agak malang sekali pertemuanpertemuan saya dibatalkan satu per satu selepas pemimpinpemimpin lain juga tidak dapat meninggalkan atau masuk ke tempat persidangan diadakan.

"Nasib baik, dengan bantuan angkatan bersenjata dan polis Thai, kami telah sampai ke lapangan terbang dalam perjalanan pulang, dengan selamat," katanya yang tiba di tanah air pada pukul 7.30 malam semalam.

Najib berkata: "Sebaik saja kami terbang, saya merenung kembali dengan penuh keprihatinan bagaimana cabaran politik dalam negara seperti ini boleh menghalang kerjakerja baik kelompok negara serantau seperti ASEAN."

Sidang kemuncak itu yang bertemakan "Bersama Berusaha Menangani Cabaran Global" dijangka menjadi peristiwa penting dalam hubungan ASEAN dan Rakan Dialog di samping memberi peluang kepada negara terlibat mengadakan perbincangan mengenai isu terkini serantau dan antarabangsa.

Najib dalam blognya turut mempelawa rakyat Malaysia untuk menghantar komen ke laman webnya bagi berkongsi pandangan mengenai barisan Kabinet baru yang diumumkannya pada Khamis lepas serta mengenai pendekatan baru berasaskan kemajuan yang bakal dikuatkuasakannya.

"Saya juga sangat berminat untuk mengetahui harapan anda terhadap pentadbiran baru ini demi memastikan kebajikan dan pembangunan untuk semua golongan masyarakat akan terbela," katanya.

Najib berkata, beliau telah menimbangkan beberapa faktor untuk memastikan bahawa kabinet ini benar-benar satu Kabinet Rakyat yang mampu berkhidmat untuk rakyat secara saksama dan berkesan, dan akan berusaha untuk membawa negara ke hadapan tanpa meminggirkan sesiapa.

Bagaimanapun, Najib turut mengingatkan mereka yang ingin memberi komen supaya menghormati tata cara penyampaian pandangan mereka serta berdialog dengan berhemah dalam semangat sebenar Satu Malaysia. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain