suria

Pengedar India guna periuk tandoori hantan ketamin ke Malaysia

CHENNAI: Pengedar ketamin dari India yang masih tidak serik, sanggup menggunakan pelabagai cara untuk menghantar bahan itu kepada pembeli di Malaysia.

Hanya sehari selepas usaha mereka menyeludup 15 kg ketamin ke Malaysia yang disembunyikan di dalam patung dewa berjaya dipatahkan, pihak berkuasa di India membanters satu lagi cubaan menyeludup ketamin ke Malaysia.

Kali ini pengedar menggunakan periuk memasak tandoori untuk menyembunyikan 15 kg ketamin yang bernilai kira-kira RM1.5 juta di pasaran antarabangsa.

Ketamin itu mahu dihantar dengan menggunakan perkhidmatan kurier sebuah syarikat di Guummidipundi, kira-kira 45 km dari Chennai.

"Ketamin itu dijumpai tersembunyi di dalam sebuah periuk untuk memasak tandoori yang turut disertakan dengan satu dapur gas. Di bawahnya kami menjumpai satu kotak keluli yang terdapat 14 paket polythene mengandungi ketamin," kata seorang pegawai direktorat risikan hasil kepada Bernama.

Periuk itu menarik perhatian pihak berkuasa di terminal kargo Lapangan Terbang Chennai, katanya.

Pegawai tersebut berkata tiada suspek yang ditahan sementara alamat penerimanya, Ajmeer Rostoran Baru di Kuala Lumpur didapati palsu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain