suria

Pegawai MPK dituduh cabul kehormatan gadis sunti

KANGAR: Seorang pegawai Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencabul kehormatan seorang gadis berumur 13 tahun pada Januari lepas.

Hisham Othman, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norhisyam Mohd Jaafar.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mangsa di Permatang Pauh, Simpang Empat, dekat sini, antara pukul 11.45 pagi dan 12.45 tengah hari, 27 Jan lepas.

Norhisyam membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Mei ini untuk sebutan semula kes bagi tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norhayati Ibrahim. BERNAMA

Artikel Lain