suria

April 16 keputusan perhimpunan haram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan Khamis depan untuk menentukan sama ada empat peguam dan tiga aktivis perlu membela diri atau sebaliknya atas tuduhan menyertai perhimpunan haram di sini hampir dua tahun lalu.

Hakim S.M. Komathy Suppiah menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah penggulungan oleh Timbalabn Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran dan peguam utama kesemua tertuduh, M. Puravelan.

Kumpulan tersebut menghadapi dua pertuduhan menyertai perhimpunan haram "People's Freedom Walk" di hadapan bangunan Kamdar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, antara pukul 8.10 pagi dan 8.50 pagi, 9 Disember, 2007.

Mereka juga didakwa gagal mematuhi arahan polis untuk bersurai.

Mereka juga menghadapi dua tuduhan pilihan iaitu mengambil bahagian dalam sebuah perhimpunan haram dan gagal mematuhi arahan polis untuk bersurai.

Empat peguam tersebut ialah Amer Hamzah Arshad, Latheefa Beebi Koya, N. Surendran dan K. Sivarasa manakala tiga aktivis berkenaan ialah Eric Paulsen, Johny Anbu @ Abu Bakar Adnan dan Nooraza Othman. BERNAMA

Artikel Lain