suria

Anifah ikrar naikkan lagi imej Malaysia

KOTA KINABALU: Datuk Anifah Aman yang dilantik sebagai Menteri Luar yang baru berjanji akan menaikkan lagi imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

"Walaupun ia merupakan tanggungjawab yang penuh kali ini, pengalaman saya mengetuai delegasi perdagangan dan peluang bertemu dengan pemimpin negara lain dalam misi tersebut adalah tidak ternilai harganya," katanya.

Beliau merupakan bekas Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

"Saya bersedia untuk menghadapi cabaran yang bakal mendatang dan saya akan mencuba yang terbaik untuk memperbaiki diri dari situ," katanya kepada Bernama.

Anifah mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melantik beliau sebagai Menteri Luar.

"Ia merupakan barisan Kabinet yang terbaik. Tidak ada apa lagi yang kita boleh minta dari itu," tambahnya.

Beliau turut menghargai Najib yang melantik Menteri dan Timbalan Menteri dari Sabah dan Sarawak.

Artikel Lain