suria

Mustapha berikrar pastikan perdagangan negara terus kukuh

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang baru, Datuk Mustapha Muhamed berikrar untuk berusaha bersungguhsungguh memastikan perdagangan negara ini terus kukuh walau dalam keadaan yang mencabar.

Mustapha, 58, seorang pakar ekonomi dan telah turut membantu Malaysia mengharungi krisis kewangan 1998, bakal berhadapan dengan satu siri perundingan perjanjian perdagangan bebas, terutama sekali dengan Amerika Syarikat, yang mencatatkan lebih 10 peratus daripada keseluruhan eksport negara.

"Sekarang adalah masa yang mencabar dan kami (kementerian itu) akan berusaha bersungguhsungguh untuk memastikan negara kekal kukuh," katanya kepada Bernama melalui telefon hari ini, selepas diumumkan sebagai Menteri di dalam barisan Kabinet baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mustapa, seorang yang merendah diri tetapi serius, memiliki Ijazah Ekonomi kelas pertama dari University of Melbourne dan Ijazah Sarjana dalam Pembangunan Ekonomi dari Boston University. BERNAMA

Artikel Lain