suria

Koh Tsu Koon, Awang Adek, Shahrizat angkat sumpah Senator

SENATOR BARU..Dari kiri, Datuk Awang Adek Hussin, Datin Paduka Chew Mei Fun, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin and Brig Jen Datuk Jamil Khir Baharum selepas mengangkat sumpah jawatan Senator di Dewan Negara hari ini. Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menggangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara, di sini, hari.

Turut mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara ialah bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun, Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT1) Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Umno Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Kesemua enam muka baru di Dewan Negara itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawan Teh di kamar Yang Dipertua tepat pukul 4 petang.

Upacara angkat sumpah senator diadakan bagi membolehkan mereka dilantik sebagai anggota kabinet dan timbalan menteri, ekoran pengumuman kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Dalam pengumuman itu, Koh, 60 yang juga Presiden Gerakan dan Jamil Khir, 48 dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Koh bertanggungjawab bagi hal ehwal perpaduan dan pengurusan prestasi manakala Jamil Khir bertanggungjawab untuk hal ehwal Agama Islam.

Shahrizat, 56, yang digugurkan daripada kabinet selepas pilihan raya umum ke12 Mac tahun lepas, kembali ke portfolio lama sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, manakala Raja Nong Chik, 56, yang merupakan muka baru dalam barisan kabinet apabila dilantik menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan.

Awang Adek, 54, yang juga tewas pada pilihan raya umum lepas dilantik semula ke porfolio lama sebagai Timbalan Menteri Kewangan, manakala Chew yang merupakan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dinaikkan pangkat sebagai timbalan menteri bagi kementerian itu.

Dalam barisan kabinet lepas, tiga senator dilantik sebagai menteri penuh, termasuk dua menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Senator Datuk Amirsham Abdul Aziz dan Senator Datuk Zaid Ibrahim, dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Senator Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.

Zaid bagaimanapun meletak jawatan kira-kira enam bulan selepas pelantikannya.

Amirsham dan Muhammad pula digugurkan daripada barisan kabinet Najib.

Selain itu, dua senator yang dilantik sebagai timbalan menteri dalam kabinet lepas iaitu Timbalan Menteri di JPM, Datuk Dr Mashitah Ibrahim kekal di portfolio asal, manakala Timbalan Menteri Perusahaaan, Perladangan dan Komoditi Senator A Kohilan Pillay berpindah ke Kementerian Luar. BERNAMA

Artikel Lain