suria

Kabinet baru: Khairy tidak disenarai

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang baru tidak dilantik menyertai Kabinet yang diumumkan sebentar tadi.

Bagaimanapun calon yang mencabar beliau pada pemilihan 25 Mac lalu dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Turut menganggotai Kabinet ialah Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim iaitu Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Khairy, Ahli Parlimen Rembau sebelum ini pernah mengesyorkan supaya pergerakan itu diberikan jawatan dalam Kabinet untuk berkhidmat dengan berkesan.

Bagaimanapun selepas pemilihan lalu beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada Perdana Menteri menentukan soal itu.

Artikel Lain