suria

Kabinet baru: Azalina antara tujuh menteri digugurkan

PUTRAJAYA: Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said antara tujuh menteri yang digugurkan dalam Kabinet yang baru bentuk.

Menteri lain yang turut digugurkan ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar (Dalam Negeri), Senator Datuk Amirsham A. Aziz (Jabatan Perdana Menteri),Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Luar Bandar dan Wilayah), dan Datuk Ong Ka Chuan (Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Kecuali Amirsham, empat menteri lain telah tewas dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Dua menteri lain, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir Mohamed Zin Mohd dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique turut digugurkan.

Artikel Lain