suria

Pakatan pertahan Bukit Gantang, anggap referendum rakyat

DIARAK..Calon Pas, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang memenangi kawasan Parlimen Bukit Gantang,diarak oleh para penyokong Pas sebaik keputusan rasmi diumumkan pada pukul 9:45 malam tadi.

TAIPING:Bekas Menteri Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang hari ini dengan memperoleh sebanyak 21,860 undi.

Beliau mencatatkan majoriti 2,789 undi - berbanding 1,566 undi yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang ini menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.

Kamarul hilang wang deposit.

Undi rosak adalah sebanyak 456.

Nizar dalam ucapan penerimaan keputusan itu, yang diumumkan secara rasmi kira-kira pukul 9.45 malam tadi, menyifatkan ia sebagai satu petanda rakyat mahukan kerajaan demokrasi, urus tadbir baik dan adil.

Ketika ditemui pada sidang media, Nizar berkata, pihaknya akan meminta agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan untuk membuka laluan kepada pilihan raya baru di negeri itu.

"Kita boleh memperoleh majoriti besar," katanya.

Beliau dibenarkan menyampaikan ucapan dari pentas sebaik sahaja keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Kerajaan negeri Perak diterajui Pakatan Rakyat tumbang awal Februari lalu selepas tiga wakilnya keluar parti masing-masing dan kini bertindak sebagai anggota Bebas.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui mStar Online berkata, pihaknya telah menjangkakan kemenangan tersebut.

"Sebab itu kami meletakkan Nizar, kerana faktor boleh bawa kemenangan," katanya lagi.

Katanya, ia juga signifikan dari sudut landskap politik Perak dan nasional khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.

Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 10,000 penyokong PAS yang berhimpun di luar dewan bangunan Majlis Perbandaran Taiping meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api.

Pengumuman keputusan terganggu apabila ribuan penyokong menghalang ketibaan kereta pemimpin Pakatan Rakyat.

Bagi mengelakkan majlis pengumuman keputusan lewat, pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya termasuk Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff terpaksa keluar dewan dalam keadaan hujan untuk memujuk penyokong Pakatan Rakyat memberi laluan kepada kenderaan pemimpin parti itu.

Beliau menenangkan mereka kira-kira 10 minit. Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shahrom daripada Pas pada 9 Februari lalu.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008, calon PAS memperoleh 20,015 undi menewaskan calon Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) 18,449 manakala M Mogan (Bebas) memperoleh 882 undi.

Calon Pas menang dengan majoriti 1,556 undi.

Kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pemilih berdaftar dengan 55,426 daripadanya pemilih biasa dan 136 pemilih pos.

Dalam pada itu, pecahan mengikut komposisi kaum di Bukit Gantang terdiri daripada Melayu 63.5 peratus , Cina 27.1 peratus, India 9.1 dan lain-lain: 0.2 peratus.

Kempen selama sembilan hari pilihan raya kecil ini bermula 29 Mac lalu.

BERITA TERDAHULU

Bekas Menteri Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang hari ini dengan memperoleh sebanyak 21,860 undi.

Beliau mencatatkan majoriti 2,789 undi - berbanding 1,566 yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang ini menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.

Kamarul hilang wang deposit.

Nizar dalam ucapan penerimaan keputusan itu, yang diumumkan secara rasmi kira-kira pukul 9.45 malam tadi, menyifatkan ia sebagai referendum rakyat mahukan kerajaan demokrasi, urus tadbir baik dan adil.

Malah beliau meminta agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan untuk membuka laluan kepada pilihan raya baru di negeri itu.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui mStar Online berkata, pihaknya telah menjangkakan kemenangan hari ini.

"Sebab itu kami meletakkan Nizar, kerana faktor boleh bawa kemenangan," katanya lagi.

Katanya, ia juga signifikan dari sudut landskap politik Perak dan nasional khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.

Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 10,000 penyokong PAS yang berhimpun di luar dewan bangunan Majlis Perbandaran Taiping meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shahrom daripada Pas pada 9 Februari lalu.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008, calon PAS memperoleh 20,015 undi menewaskan calon Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) 18,449 manakala M Mogan (Bebas) memperoleh 882 undi.

Calon Pas menang dengan majoriti 1,556 undi.

Kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pemilih berdaftar dengan 55,426 daripadanya pemilih biasa dan 136 pemilih pos.

Dalam pada itu, pecahan mengikut komposisi kaum di Bukit Gantang terdiri daripada Melayu 63.5 peratus , Cina 27.1 peratus, India 9.1 dan lain-lain: 0.2 peratus.

Kempen selama sembilan hari pilihan raya kecil ini bermula 29 Mac lalu.

Sementara itu, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) S.Manikumar menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau dengan meraih 12,632 undi.

Dia menewaskan calon Barisan Nasional (BN) S.Ganesan dan 13 calon Bebas lain, dengan memperolehi majoriti 2,403 undi.

BERITA TERDAHULU

Nizar sah menang kerusi Bukit Gantang

TAIPING: Calon Pas, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin memperolhi 21, 860 undi dengan majoriti 2,789 undi.

Calon Barisan Nasional, Ismail Saffian memperoleh 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.

Keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya pada pukul 9:45 malam.

Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 10,000 penyokong Pas yang berhimpun di luar dewan meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api di kawasan tersebut.

Dalam ucapan penerimaan Nizar berkata ini kemenangan kepada rakyat Perak dan Malaysia secara keseluruhan.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui berkata pihaknya telah menjangkakan keputusan hari ini.

Katanya ia juga signifikan dari sudut landskap politik Perak dan nasional khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.

BERITA TERDAHULU

Keputusan tidak rasmi Nizar menang kerusi Bukit Gantang

Keputusan tidak rasmi, calon Pas, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin dipercayai telah memenangi pilihan raya kecil kawasan Bukit Gantang dengan majoriti 3,022 undi.

Mohd Nizar memperolehi 18,891 undi.

Sementara calon Barisan Nasional (BN) mendapat 15,859 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 51 undi.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata beliau yakin pihaknya akan memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya kali ini.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shahrom daripada Pas pada 9 Februari lalu.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008, calon PAS memperoleh 20,015 undi menewaskan calon Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) 18,449 manakala M Mogan (Bebas) memperoleh 882 undi.

Calon Pas menang dengan majoriti 1556 undi.

Kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pemilih berdaftar dengan 55,426 daripadanya pemilih biasa dan 136 pemilih pos.

Dalam pada itu, pecahan mengikut komposisi kaum di Bukit Gantang terdiri daripada Melayu 63.5 peratus , Cina 27.1 peratus, India 9.1 dan lain-lain: 0.2 peratus

BERITA TERDAHULU

Nizar terus mendahului calon BN di Bukit Gantang

TAIPING: Calon Pas, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin terus mendahului calon Barisan Nasional, Ismail Saffian dengan memperolehi 18,891 undi.

Ismail mendapat 15,859 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 51 undi.

Majoriti yang diperoleh calon Pas ialah 3,022 undi.

Keputusan ini berdasarkan 96 daripada 112 peti undi yang dijumlahkan setakat pukul 8:25 malam.

Proses pengiraan undi dibuat Dewan Perbandaran Taiping.

Keputusan itu disiarkan melalui skrin besar yang disediakan di luar dewan.

Sementara itu, kira-kira 3,000 penyokong PAs yang berada di luar dewan menyambut dengan sorakan setiap keputusan yang diumumkan dari semasa ke semasa.

BERITA TERDAHULU

Calon Pas, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin terus mendahului calon Barisan Nasional, Ismail Saffian dengan memperolehi 15,770 undi.

Ismail mendapat 13,079 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 42 undi.

Majoriti yang diperoleh calon Pas ialah 2,691 undi.

Keputusan ini berdasarkan 81 daripada 112 peti undi yang dijumlahkan setakat pukul 8:15 malam.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata beliau yakin pihaknya akan memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya kali ini.

Komen itu dibuat setelah 44 peratus undi dikira.

BERITA TERDAHULU

Calon Pas, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin terus mendahului calon Barisan Nasional, Ismail Saffian dengan memperolehi 12,064 undi.

Ismail mendapat 9,396 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 40 undi.

Majoriti yang diperoleh calon Pas ialah 2,668 undi.

Keputusan ini berdasarkan 60 daripada 112 peti undi yang dijumlahkan setakat pukul 8:05 malam.

BERITA TERDAHULU

Calon Pas, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin pula mendahului calon Barisan Nasional, Ismail Saffian dengan memperolehi 9,761 undi.

Calon BN, Ismail Saffian mendapat 7,740 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 40 undi.

Ia berdasarkan 40 daripada 112 peti undi yang dijumlahkan setakat pukul 7:55 malam.

BERITA TERDAHULU

Calon Pas, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin pula mendahului calon Barisan Nasional, Ismail Saffian dengan memperolehi 7,847 undi.

Ismail dari BN mendapat 6,477 undi manakala Calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 18 undi.

Ia berdasarkan 40 daripada 112 peti undi yang dijumlahkan. Keputusan ini setakat pukul 7:50 malam.

BERITA TERDAHULU

Calon Pas, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin pula mendahului calon Barisan Nasional, Ismail Saffian dengan memperolehi 5,833 undi.

Ismail mendapat 4,828 undi.

Calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 14 undi setakat pukul 7:40 malam.

Ia berdasarkan 30 daripada 112 peti undi dijumlahkan.

BERITA TERDAHULU

Calon BN dahului Nizar di Bukit Gantang

Calon BN Ismail Saffian mendahului di kawasan Parlimen bumkit Gantang dengan memperolehi 2048 undi.

Calon PAS, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin memperoleh 1249 undi manakala calon Bebas Kamarul Ramizu Idris 4 undi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain