suria

Polis tahan 14 GRO China

PULAU PINANG: Polis menahan 14 pelayan pelanggan (GRO) rakyat China dalam 'Ops Noda' di sebuah pusat hiburan di Jalan Burma, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Azam Abdul Hamid berkata dalam operasi pada pukul 8 malam itu, polis turut menahan dua lelaki iaitu penjaga pusat hiburan berkenaan.

"Kesemua wanita yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 20an dan mereka didapati menyalahguna pas lawatan sosial dengan menjalankan kegiatan tidak bermoral," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata operasi hasil maklumat orang awam itu membabitkan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

"Kesemua wanita yang ditahan itu akan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut," katanya. BERNAMA

Artikel Lain