Nizar, Ismail yakin kuasai Bukit Gantang - Semasa | mStar

Nizar, Ismail yakin kuasai Bukit Gantang

CALON PAS, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin meluangkan masa menemui penyokongnya di kawasan Changkat Ibol dalam DUN Trong.Foto mStar Oleh G.MANIMARAN.
CALON PAS, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin meluangkan masa menemui penyokongnya di kawasan Changkat Ibol dalam DUN Trong.Foto mStar Oleh G.MANIMARAN.

TAIPING: Kedua-dua calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat yakin akan mencapai kemenangan di Bukit Gantang berdasarkan sokongan ditunjukkan sepanjang tempoh berkempen selama sembilan hari lalu.

Calon PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, selepas melalui tempoh kempen yang cukup mencabar dan padat, "yakin akan memperoleh kemenangan."

Walaupun tidak mengundi dalam bahagian Parlimen Bukit Gantang, bekas Menteri Besar Perak itu mula melawat pusat-pusat mengundi sejak 8 pagi tadi.

Beliau memulakan lawatan itu dengan mengunjungi pusat mengundi di Sekolah Menengah Pengkalan Aur, Air Kuning bertolak dari Markas PAS bersama isterinya, Datin Seri Fatimah Taat.

"Dia (isteri) berikan saya suntikan semangat dalaman dan luaran," kata beliau sambil menambah, isterinya mengikutinya berkempen sepanjang masa.

Nizar memperoleh cucu pertamanya tiga hari selepas hari penamaan calon.

Ketika ditanya cabaran kempen kali ini berbanding tahun 2008, Nizar memberitahu, suasana pilihan raya kecil ini lebih mencabar tetapi memperoleh sokongan daripada masyarakat segenap lapisan.

Dalam pada itu calon BN, Ismail Saffian berkata, beliau yakin menang termasuk undi lebih besar jika parti lawan tidak menggunakan taktik dan tidak bermoral.

Malangnya, kata Ismail, beliau terus diserang oleh pihak lawan menggunakan taktik kotor termasuk SMS pagi kononnya "saya bayar dan minta jangan keluar mengundi."

"Sebenarnya, jika setiap orang mengikut prosedur dan peraturan, kalau tiada cara tidak bermoral, saya yakin boleh menang dengan undi besar," kata beliau ketilka ditemui di rumah ADUN Trong, Datuk Rosli Hussin sebelum menuju ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang pada pukul 8.20 pagi.

Kedua-dua mereka berhadapan dengan saingan calon Bebas, Kamarul Amizu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini