Lelaki disyaki terlibat pecah rumah koma dibelasah - Semasa | mStar

Lelaki disyaki terlibat pecah rumah koma dibelasah

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki koma sejak dua hari lalu setelah dibelasah oleh dua lelaki yang mengesyakinya telah memecah masuk ke dalam sebuah rumah di Bukit Payong, Marang Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan JenayahTerengganu Supt K. Manoharan berkata lelaki berusia 41 tahun yang berasal dari Jalan Budiman dekat sini kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dipercayai akibat pendarahan dalam kepala.

"Sebelum itu dalam kejadian pada Sabtu lalu, mangsa telah diekori oleh seorang peniaga berusia 31 tahun dari Taman Safiah Murni, Bukit Payong sehingga ke Kampung Laut, Chendering di sini.

"Peniaga berkenaan mengekori mangsa selepas dimaklumkan oleh orang ramai bahawa lelaki itu berlegarlegar di sekitar rumahnya di Taman AlAmin, Bukit Payong ketika kejadian rumahnya dipecah masuk tiga hari lalu," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata peniaga tersebut yang ditemani rakannya yang berusia 32 tahun dan bekerja sebagai seorang jurulektrik telah menahan lelaki itu dan dipercayai berlaku pergelutan antara mereka.

Pegawai penyiasat berhubung kes pecah rumah itu yang dihubungi oleh peniaga berkenaan tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi dan mendapati mangsa terbaring di hadapan sebuah rumah di Kampung Laut. Mangsa, katanya yang dididapati mengalami lebam di dahi dan mata kiri dibawa ke HSNZ kira-kira pukul 12 tengah hari dalam keadaan koma.

Beliau berkata peniaga dan rakannya itu telah menyerah diri di Balai Polis Bukit Payong, Marang kira-kira pukul 6.30 petang semalam dan ditahan reman sehingga 9 April ini bagi membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Polis, katanya masih menjalankan siasatan sama ada mangsa terlibat dalam kes pecah rumah itu dan menasihati orang awam supaya tidak mengambil tindakan sendiri dalam menguatkuasakan undang-undang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain