suria

Mahathir seru semua keluar Umno kembali, Sanusi sertai Bendang Baru

TAIPING: Bekas Presiden Umno, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru semua ahli Umno yang pernah keluar parti itu Mei lalu supaya kembali menyertainya.

"Saya meminta mereka yang keluar Umno selepas saya keluar supaya kembali ke Umno," kata beliau ketika berucap di Simpang dalam bahagian Parlimen Bukit Gantang pagi tadi.

Dr. Mahathir keluar Umno bersama isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali anak mereka Mokhzani.

Ketiga-tiga mereka kembali ke pangkuan Umno kelmarin.

Turut keluar bersama merka ialah bekas Setiausaha Agung dan Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid.

Sanusi ketika ditemui tengah hari pada majlis makan tengah hari bersama kakitangan kerajaan di Kamal Lodge dekat sini yang turut dihadiri Dr. Mahathir berkata, beliau telah memutuskan hasrat kembali Umno juga kelmarin.

Beliau telah menghantar surat pemakluman sertai kembali Umno ke Cawangan Bendang Baru, Pulau Langkawi.

"Saya letakkan dua syarat untuk kembali ke Umno. Pertama, Perdana Menteri yang baru dan kedua, Dr. Mahathir kembali ke Umno.

"Sekarang kedua-duanya sudah dipenuhi, saya juga kembali sertai kembali Umno," katanya.

Artikel Lain