suria

Najib buat lawatan mengejut sekitar Kuala Lumpur

LAWATAN MENGEJUT..Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak petang tadi membuat lawatan ke Brickfields, Kerinchi dan Petaling Street. Foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN.
LAWATAN MENGEJUT..Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak petang tadi membuat lawatan ke Brickfields, Kerinchi dan Petaling Street. Foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN.
LAWATAN MENGEJUT..Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak petang tadi membuat lawatan ke Brickfields, Kerinchi dan Petaling Street. Foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN.

KUALA LUMPUR: Tanpa permaidani merah dan tanpa bunga manggar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat lawatan mengejut di sekitar ibu negara bagi bertemu dan mengetahui masalah rakyat biasa.

Beliau yang memakai baju khaki lengan pendek berwarna hijau cair dan seluar khaki berwarna coklat cair meluangkan masa kirakira dua jam di kawasan perniagaan di Petaling Street, kawasan perumahan kos rendah dan sederhana Vista Angkasa di Bukit Kerinchi, Bangsar serta deretan kedai di Jalan Tun Sambathan, Brickfield.

Najib tiba di Petaling Street pada pukul 3.25 petang dan bersalaman serta berbual dengan para peniaga di situ yang terdiri daripada masyarakat Cina.

Beliau tidak menghampakan harapan untuk bersalaman dengan orang ramai termasuk menghulurkan tangan kepada seorang kelindan lori yang menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya ketika sedang memunggah barang di atas sebuah lori.

Ada yang bertepuk tangan, ada yang melambai tangan, ada yang mengambil gambar dan ada juga yang menceritakan terus kepada Najib mengenai masalah mereka.

"Baguslah kalau pemimpin selalu jumpa rakyat," kata peniaga Lim Teck Heng, 47, ketika ditemuramah.

Setelah berada 20 minit di situ, Najib terus ke Vista Angkasa dan tiba di destinasi kedua itu pada pukul 3.55 petang untuk bertemu dengan para penduduk perumahan kos rendah dan sederhana itu.

"Saya lakukan lawatan tidak rasmi dan lawatan mengejut. Cuma orang tertentu sahaja diberitahu. Saya maklumkan kepada Zulhasnan (Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique) saya tak mahu permaidani merah, tak mahu bunga manggar.

"Lawatan saya adalah untuk berjumpa dengan rakyat biasa bagi mengetahui masalah rakyat biasa," katanya kepada para penduduk di situ.

Najib berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan RM6.1 juta untuk kerjakerja penambahbaikan kawasan perumahan itu yang terdiri daripada 1,050 unit rumah jenis apartmen dengan 196 unit kos rendah dan bakinya kos sederhana.

Daripada peruntukan itu, RM2.8 juta untuk mengecat bangunan, RM1.3 juta membaiki bumbung, RM1 juta membaiki sistem pelindung kilat, RM600,000 untuk menggantikan lif serta RM400,000 untuk membaiki sistem telekomunkasi.

Beliau sempat singgah makan dan minum di sebuah restoran di situ.

Najib kelihatan makan sedikit putu mayam, tosai beralaskan daun pisang dan minum air teh "O" ais limau.

Beliau meninggalkan kawasan itu kirakira pukul 5 petang. Zulhasnan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail turut mengikuti Najib dalam lawatan ketigatiga kawasan itu.

"Saya terkejut dia (Najib) datang. Siapa sangka semalam angkat (sumpah), hari ini sudah mari," kata G. Subramaniam, 20, seorang penduduk di situ.

Peniaga warung R. Puvaneswaran, 37, berkata beliau gembira dapat melihat wajah Perdana Menteri dari dekat.

"Saya juga gembira, ramai (tahanan) ISA dapat keluar. Ada tiga saudara saya," katanya.

Seorang lagi penduduk di situ A. Parameswari, 50, berkata pemimpin mesti selalu turun bawah dan menjaga kepentingan semua rakyat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain