suria

Empat lelaki Taiwan didakwa edar 1,439kg eramin

JOHOR BAHARU: Empat lelaki warga Taiwan hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mengedar 1,439 kilogram dadah jenis eramin 5 di sebuah kilang di sini bulan lepas.

Chung Sheng Wen, 36, Chan Yen Ming, 34, Chang Yung Hseng, 30 dan Wu Sheng Yuan, 30, didakwa melakukan kesalahn itu di sebuah kilang bernombor 12, Jalan Angkasa Emas 6, Kawasan Perindustrian Tebrau, di sini, pada 5.30 pagi, 22 Mac lalu.

Tiada pengakuan dicatatkan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin. Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Majistret Hafizah Johor Ariff Johor menetapkan 3 Julai ini bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Husmin Hussin manakala tertuduh diwakili oleh Dr. Naran Singh dan G. K Sritharan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain