suria

Aturcara PM keenam hari ini

ATURCARA majlis yang melibatkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam.

Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia Najib berlangsung di hadapan Seri Paduka Baginda, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Balai Rong Seri Istana Negara pagi tadi.

4:52 PETANG: Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan tugas Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat Perdana Menteri di Bangunan Putra Perdana.

4:00 PETANG: Najib dan Rosmah tiba di pejabat Perdana Menteri bagi menyempurnakan upacara penerimaan tugas sebagai Perdana Menteri.

3:55 PETANG: Abdullah dan isteri Jeanne tiba di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya bagi menyempurnakan upacara penyerahan tugas sebagai Perdana Menteri kepada Najib.

2:35 PETANG: Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor meninggalkan Masjid Negara.

2:10 PETANG: Najib bersama Rosmah menziarah pusara ayahandanya di Makam Pahlawan, di perkarangan masjid tersebut.

1:50 PETANG: Imam Besar Masjid Negara, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menyampaikan khutbah bertajuk 'Kepimpinan adalah tanggungjawab bukan satu keistimewaan'

1:45 PETANG: Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tiba di Masjid Negara,untuk menunaikan solat Jumaat.

1:40 PETANG: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi tiba di Masjid Negara,untuk menunaikan solat Jumaat.

1:35 PETANG: Najib tiba di Masjid Negara untuk menunaikan solat Jumaat.

11:44PAGI: Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor meninggalkan istana sebaik selesai upacara angkat sumpah.

11:40PAGI: Seri Paduka Baginda, Tuanku Mizan bersama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah meninggalkan istana.

11:35PAGI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggalkan perkarangan istana.

10:22PAGI: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah dikurniakan gelaran "Tun" daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

10:12PAGI: Najib sah sebagai Perdana Menteri keenam.

9:50PAGI: Kenderaan rasmi, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin tiba di perkarangan Istana Negara.

9:44PAGI:Datuk Seri Abdullh Ahmad Badawi tiba dengan kenderaan Proton Perdana rasminya,WCH 13.

9:42PAGI: Najib tiba dengan kenderaan Proton Perdana rasminya, WRP11.

9:25PAGI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad antara mereka berada di Istana Negara untuk menyaksikan upacara angkat sumpah Najib sebagai Perdana Menteri.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri keenam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkannya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain