suria

Tun Mahathir ingin hadir majlis angkat sumpah Najib

LONDON: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan hasrat untuk menghadiri majlis angkat sumpah Datuk seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri keenam esok.

"Saya tidak tahu sama ada saya dijemput atau tidak. Tetapi, jika dijemput, saya akan hadir," katanya ketika diminta mengulas pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau juga akan menyokong sebarang usaha Najib dalam pembentukan barisan Kabinetnya barunya yang dikatakan lebih kecil dari sekarang.

"Kita ada pertambahan jawatan Kabinet di bawah pimpinan (Datuk Seri) Abdullah Ahmad Badawi yang saya fikir tidak perlu," katanya kepada pemberita Malaysia sebelum beliau pualng ke tanah air.

Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan ucapan kepada Alternative G20 Agenda: Real Financial Fairness di Royal Commonwealth Society sebelum bertemu dengan pelajar Malaysia di Malaysia Hall hari ini.

Beliau berkata cadangan untuk menggabungkan beberapa kementerian adalah satu usaha yang baik.

Sebagai Perdana Menteri usaha tersebut pernah digunakan untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain