suria

Polis tahan 20 GRO warganegara China

PULAU PINANG: Polis menahan 20 pelayan pelanggan (GRO) warganegara China dalam "Ops Noda" yang dijalankan di sebuah pusat hiburan di Jalan Magazine, di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC II Wan Abdullah Tunku Said berkata dalam operasi pukul 10.30 malam itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia lingkungan 40an iaitu penjaga pusat hiburan berkenaan.

"Kesemua wanita yang ditahan itu berusia lingkungan 20-an dan mereka telah menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan menjalankan kegiatan tidak bermoral," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata seramai 16 lelaki tempatan dipercayai pelanggan turut diperiksa dalam operasi lebih dua jam itu.

Katanya operasi itu diadakan hasil maklumat orang awam membabitkan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

"Kesemua wanita yang ditahan itu disiasat menurut Seksyen 39 (b) peraturanperaturan Imigresen iaitu melanggar pas lawatan, manakala lelaki berkenaan disiasat menurut Seksyen 55B Akta Imigresen iaitu menggaji dan melindungi," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain