suria

Peralihan kuasa: Pak Lah, Najib menghadap Agong

PERALIHAN KUASA..Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan perkarangan Istana Negara selepas kedua-duanya menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi menyerahkan surat melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penggantinya.

Abdullah tiba pada pukul 10 pagi tadi dan meninggalkan perkarangan istana kira-kira sejam kemudian dengan menaiki kereta rasminya, Proton Perdana bernombor WCH 13.

Menjawab soalan wartawan sama ada beliau telah menyerahkan surat peletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri kepada Agong, Abdullah hanya menjawab terpulang kepada Agong.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tiba di istana pada pukul 11:25 untuk menghadap Tuanku Mizan untuk mendapat perkenan Baginda untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam esok.

Beliau dilihat memasuki perkarangan istana pada pukul 11:25 pagi dan beredar kira-kira 45 minit kemudian dengan menaiki Proton Perdana rasminya bernombor WRP 11.

Semalam Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Tuanku Mizan berkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Najib sebagai Perdana Menteri keenam akan diadakan pada 10 pagi, esok di Istana Negara.

"Yang di-Pertuan Agong juga telah memberi perkenan supaya Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri diadakan pada jam 10 pagi, Jumaat, 3 April 2009 di Istana Negara," menurut kenyataan itu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain